BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

2010

Alhamdullilah hari ni dah 2010, tak ada apa yang berbeza azam hidup masih sama iaitu aku ingin mempunyai sebuah sekolah agama dan menghabiskan pengajianku :D.


Umur dah 33thn nice number ya hehehehe...mengikut chinese punya kepercayaan 33 maknanya senang senang...moga2 tahun ni..hidup akan di taraf yang sangat baik.

31st Dec 2009

2010 is at your doorstep....remember, Life is short, break the rules, forgive and forget quickly, love truly, laugh uncontrollably and never regret anything that made you smile. Wishing u all happy new year. May 2010 b filled with happiness, wealth, good health and may all your wishes come true.......haniey luv u just d way u are hugssss muaaahhhhhhhh

Wednesday, December 16, 2009

DOA AWAL & AKHIR TAHUN



PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah." Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu." Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak." Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi'I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:
"Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir."

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Bacalah doa akhir tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa awal tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah
cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama'-ulama' luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
"Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak."

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." Hadis Mutawtir

Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud:
"Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw)."

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
"Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru."

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
"Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah manakala setiap bid'ah adalah sesat." Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
"….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka."

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam


Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bid'ah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim


Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali

Tuesday, December 15, 2009

Coco Collagen

Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:

  • Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  • Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  • Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  • Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
  • Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan khasiat:

  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.

Nak tau lanjut...mai la lawat www.hanieyboutique.blogspot.com


Coco Collagen




Monday, December 14, 2009

BB....malas

Ni pix bb malas, asyik tido aje....bang long beli utk ain mahal tul rm450.00, huhhhh leh bayar installment viva tue...hehehehe

Sunday, December 13, 2009

Najib engagement


Saja aje nak share happy, 13.12.09 kitaorg pergi ke palung 11 N9, rombongan meminang utk abg long (najib), layaaannnn

Thursday, December 10, 2009

Tied

Bear...tomei bg aku semangat nak wat assignment hehehe


Hmmmm today i'm so tied wid my assignments and notes for dis weekend module, pikir nak balik n rest tido puas2, bz wat assignment tiba2 aje receive gift.....happy happy

Wednesday, December 9, 2009

my trip to uk wid cat

we are so excited, to go to UK, yang ni pix mmg fresh k


after 14hours in flight...cat dear ko still maintain cun...aku mmg dah xlarat n dis pix we are in d train to Parisssssssssssss UK time 6am

Dulu & Sekarang

2008 Eid


2009 Eid

to all my sis, my love and my passion all for u all

Tuesday, December 8, 2009

Wednesday 09/12/09

Today...mcm sangat bosan, banyak keja xtau nak start yang mana, exam baru abis, letih yg amat sgt, arini masak nasi goreng belacan...makkk aiiiii masin yang amat...leh membunuh hehehehe.......next time apa yg i masak utk breakfast, i will take a picture :D

Hari ni, rasanya xbalik masak nak rest, so pasar malam lauk laaaa arini...hehehehe my favourite food laksa and air kelapa or cendol....macam mana nak kurus..tekak selera aje bila bab makan hehehe...lantak laaa as long i know to maintain

Paris Trip

Surah Nurun Nubuwwah


Ertinya :

Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuaasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

I'm back

Punya laaaa bz dgn keadaan keja yg tak menentu, almost 5 month i didnt update my blog...hmmmm bznya hehehe, ok la xada apa nak ceta, cuma gasa gindu nak memblog balik :D..k check it out ....i be coming with something that we can share....adios

Monday, February 23, 2009

Positive words

- Whenever things in life go wrong, it just give us a chance to prove we're strong


- Friendship is the shadow of the evening, which strenghens with the setting sun of life


- I need to make mistake just to learn who i am and i dont wanna be so damn protected,

there must be another way cause i believe in taking chances.


- Be patient with kids. Give the time to teach them so think about getting passive income not

active income, this will give you time freedom.


- The world is like a miror if u face it smiling it smiles right back


- Just because someone doesn't love u the way u want them, doesnt mean they dont love u with

all they luv.


- Never stop smiling, not even when u're sad, some1 might fall in luv with your smile.


Sunday, February 22, 2009

Luv this pix....






Monday News



Pagi2 lagi adik aku dah bz tel, tanya pasal my preparation to UK, huhhhh aku tak plan apa2 pun..blur..mana nak cekau duit, nak pindah lagi...pening pikir beb...aku wat keputusan lantak laaa kalau ada rezeki kat sana utk jln2 aje..aku redha aje...kalau di izinkan aku leh shopping alhamdullilah.. :)


Sejak 2menjak ni, aku mabuk bergambar....syok sendiri dlm keta...hehehehehe nak kata baru ada hp camera dah berzaman aku ada...tiba2 mood poyo aku datang....layaaannnnn

Wednesday, February 18, 2009

Hmmmmmm


Almost 2 week i didnt update my blog....everything goes well. This morning i just got confirm my flight ticket to UK. Huhhhhhh so start today...got bz with my schedule....


Due to my bz time i still can snapshot my pretty pix for my blog hehehehehe....

Thursday, February 5, 2009

my latest photo



Thursday, January 22, 2009

23rd January

HAPPY BIRTHDAY.....HAPPY BIRTHDAY....... HAPPY BIRTHDAY TO U....... wish u success with whatever u do....

Monday, January 19, 2009

Cameron trip....


Sunday, January 18, 2009

Mengeksperasikan....

Last 2 days...since like no idea to write anything, so i upload some of my pix, i still remember 1 of my friend words " Memang gambar tidak dapat berkata-kata tetapi ia mampu mengeksperasikan seribu makna".....sound good yaaaa :)

With luv and passion haniey :)

Luv dis color


umie and ajeak


Happy Family


It's me


Wednesday, January 14, 2009

my kids photo wid mama



Aisyah, Mama, Akmal n Yasmin......umie sayang korang :)

Pieces of thought

Pieces of thought and voice of my heart ...... a dimension where u can play with your senses, may not only be seen by the eyes but also by the heart :)

Monday, January 12, 2009

Warna warni

Di sini kita bermula, dengan penuh kemanisan hidup yang belum tentu di mana hempedunya. Namun, kecekalan dan kesabaran pasti membawa bunga indah penuh warna warni.. :)

with luv and passion :) haniey

KOSONG & PENUH

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri.Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Thursday, January 8, 2009

Heartbreaks

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as allow them to go.....The challenge is not how to survive but to learn from them... :)

With love & passion

To all my friends, here's something i'd like to share with you all, for all of your love and kidness too. It's a symbol of the friendship we share together, a friendship i hope will last forever and thought we live so far apart. Always remember you hold a piece of my heart.....


With Love & passion.....aryani

Wednesday, January 7, 2009

Mempelajari

" Setiap hari bagaikan kita membuka buku yang baru....ada saja yang kita hadapi, bermacam manusia yang kita temui, namun setakat mana kita mempelajari? Apakata kita berbicara, berkongsi rasa dan bertukar-tukar pendapat tentang emosi, cabaran kehidupan dan masalah semasa dalam dunia yang berbicara tanpa suara. "

Saturday, January 3, 2009

who u are & say what u feel

May Allah bless you be who you are and say what u feel bcoz those who minds dont matter whatever with the past has gone, but the best is always yet to come…….

Sunday Menu

Hari ni, aku masak sup ekor dan sayur campur...bz siapkan anak2 punya keperluan sekolah, tak tau nak nasib sok pulak....alahai....

Thursday, January 1, 2009

Pengorbanan

Pengorbanan dalam mencari cinta sejati..percintaan selama 10 tahun musnah gara2 berubahnya hati..suka,cinta dan sayang yg di semai musnah. Cinta yg muncul selepasnya..betul2 membahagiakan..namun benarlah ajal maut dan jodoh di tgn tuhan..cintanya terpisah kerana allah lebih mengetahui. Namun allah itu maha adil. Pengorbanan haruslah kita tempuhi dgn sabar..kerana duka yg mendatang..hadirnya bukan sahaja utk melukakan..tp hadirnya juga membawa hikmah yg mendalam.
Kadang-kadang kita tak pernah tahu dan sedar...yang kita rasakan terbaik buat kita sebenarnya bukan rahmat yang ALLAH kurniakan.

2009

Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkan. Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yg mengajar KEHIDUPAN. Kita inginkan KETENANGAN tapi HAKIKATNYA diri ini penuh DOSA dan manusia tidak dapat lari drpd KESILAPAN. Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih sayang ALLAH agar kita lebih BERIMAN.
Semoga kita kuat berusaha utk memajukan diri.
Salam Sayang
Haniey